Saturday 11 October 2014

3 Manfaat Utama Vitamin C Terhadap Kita

Manfaat Vitamin C banyak sangat! Kalau kita buat carian Google tentang manfaat Vitamin C, pasti banyak sangat yang keluar. Sejak dari kecil, di kalangan adik beradik, Ifa antara anak yang rajin amalkan Vitamin C ni. Mungkin sebab rasanya masam-masam dan boleh dikemam atau dikunyah, Ifa suka sangat!

Manfaat Vitamin C

Mari kita baca sama-sama apakah antara manfaat, kebaikan dan kelebihan Vitamin C dalam kehidupan harian kita.
  •  Sebagai agen pembentukan KOLAGEN dalam badan.

Vitamin C membantu membetuk kolagen dalam badan secara semulajadi.
Vitamin C membantu membetuk kolagen dalam badan secara semulajadi.
Manfaat Vitamin C yang pertama ialah sebagai agen pembentukan KOLAGEN dalam badan. Apa itu kolagen? Kolagen ni sebenarnya seperti penyokong dalam badan kita, seumpama tiang-tiang yang menyokong badan kita. Penting tak? Penting sangat sebab tanpa kolagen  ini, maka tidak sempurnalah badan kita. Perumpamaannya seperti sebuah rumah yang tiada tiangnya. Vitamin C mampu membantu badan kita untuk membentuk kolagen yang diperlukan oleh badan.
  • Menyihatkan tulang, gigi dan gusi. 

Kekurangan Vitamin C menyebabkan badan lemah, anemia, gusi berdarah dan gigi yang longgar.
Kekurangan Vitamin C menyebabkan badan lemah, anemia, gusi berdarah dan gigi yang longgar.
Manfaat Vitamin C yang kedua ialah menyihatkan tulang, gigi dan gusi. Pernah tak anda mengalami gusi dan gigi berdarah? Jika pernah, ini bermakna kurangnya Vitamin C dalam tubuh badan kita. Masa Ifa kecil, kalau gusi berdarah, pasti ayah akan cepat-cepat suruh kemam dan kunyah Vitamin C untuk membantu memulihkan gusi berdarah. Sekiranya kurang Vitamin C juga, gigi cepat dan mudah longgar dari kedudukan asalnya.
  •  Meningkatkan sistem pertahanan badan. 

Vitamin C dan sistem imun badan.
Vitamin C membantu mempertingkatkan sistem imun badan bagi melawan sebarang jangkitan dan penyakit.
Manfaat Vitamin C yang ketiga ialah ia membantu meningkatkan sistem pertahanan badan kita. Apabila sistem pertahanan badan atau sistem imun kita dipertingkatkan dengan adanya Vitamin C, maka sebarang jangkitan dan virus juga dapat dikurangkan kerana sistem imun kita telah melawan virus tersebut daripada memasuki sistem tubuh badan kita. Untunglah siapa yang ambil Vitamin C ni, lebih-lebih lagi ibu hamil dan ibu menyusu, ini kerana dapat membantu si bayi dalam kandungan juga.
3 manfaat utama Vitamin C terhadap kita sudah kita bincangkan. Cadangan Ifa untuk semua, ambil Vitamin C dalam dos yang tertentu bagi tahap umur masing-masing.
Untuk kanak-kanak, dos yang dibenarkan ialah 100 mg. Ifa cadangkan untuk ambil Chewable Vita-C Plus™ 100 mg Shaklee. Sudah lengkap dengan dos yang dibenarkan. Malah sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya boleh dikunyah seperti gula-gula.
Untitled
Chewable Vita-C Plus™ 100 mg Shaklee
Untuk dewasa pula, dos yang dibenarkan dalam sehari ialah 500 mg sehingga 1000 mg. Namun untuk pemakanan harian biasa, 500 mg sudah mencukupi. Ifa cadangkan Sustained Release Vita-C™ Plus Shaklee untuk orang dewasa. Ini kerana sebiji Vitamin C Shaklee ini sudah memadai bagi dewasa kerana kandungannya 500 mg sebiji.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kajang,shah alam n klang

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nurul 
♥ sms/whatsApp: 018-3215247

No comments:

Post a Comment