Monday 30 June 2014

ISTIMEWANYA SHAKLEE

ISTIMEWANYA SHAKLEE

Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT,BERKESAN dan SEMULAJADI

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Source: www.shaklee.com.my

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan kajang, Shah Alam dan Klang

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
nurul,
♥ sms/whatsApp: 018-3215247

Monday 23 June 2014

Masalah Penghadaman : Tips dan Cara Kempiskan Perut Buncit dan Hilangkan Gastrik

Set Kesihatan Usus dan Penghadaman
Pernah tak rasa perut tidak selesa, sembelit,  mulut berbau,  najis berbau  (erkk, siapa yang najisnya wangi ? tapi maksudnya disini bau yang ekstrem, sampai rasa nak pengsan :-p) , mengidam makanan, perut berangin dan kembung ? Pernah tak ada rasa macam ni ? Biasakan . Kalau ada simpton macam ni, tandanya sistem penghadaman kita tidak begitu sihat.
Sistem pencernaan atau penghadaman yang tidak sihat boleh mengakibatkan masalah seperti :-
  • Penambahan berat badan
  • Gastrik
  • Perut Buncit
  • Sistem imun yang lemah
Dan yang paling teruk boleh membawa ke kanser usus ! Menakutkan. Jadi jangan pandang enteng akan masalah kesihatan usus kita.
Ok, disini ada 8 Cara Untuk Memperbaiki Kesihatan Sistem Penghadaman dan sekaligus dapatmengempiskan Perut Buncit, iaitu dengan :-
  • Minum banyak air untuk melancarkan sistem tubuh
  • Bersenam dan melakukan gerak kerja fizikal
  • Kurangkan pengambilan lemak
  • Ambil banyak fiber (serat)
  • Kekalkan berat badan ideal
  • Makan dengan teratur, tidak gelojoh
  • Ambil probiotic – bakteria baik yang bagus utk usus. Biasanya ada dalam yogurt
  • Kurangkan garam, kanji dan pemanis tiruan dalam makanan
Selain daripada langkah di atas, pengambilan vitamin dalam Set Shaklee Digestive Health juga dapat membantu meningkatkan sistem penghadaman untuk kekal sihat.

Antara vitamin yang terdapat dalam set ini ialah :-

(1) Herb-lax – membantu dalam proses detox (cuci) usus supaya lebih sihat dan bersih. Ia juga bertindak sebagai julap lembut yang membantu masalah sembelit
(2) Peppermint- Ginger Plus – mengeluarkan angin dalam badan dan membuatkan perut rasa lebih selesa
(3) Alfala Complex – mengangkut keluar “sampah sarap” seperti lemak, kotoran yang sudah lama bertapuk dalam usus kita
(4) ESP Soy Protien – membantu masalah gastrik dan membantu mengurangkan berat badan.
Apakah kebaikan set ini ?
√ Melegakan sembelit
√ Meningkatkan sistem penghadaman
√ Menyokong kesihatan usus
√ Membantu menyahtoksin badan
√ Membantu mengurangkan berat badan
√ Melegakan perut yang tidak selesa
Bila perut dah selesa barulah seronok nak buat kerja atau beriadah bersama keluarga kan.  
Jadi bagaimana nak dapatkan set ini ?
Boleh hubungi saya seperti dibawah atau add saya juga di FB untuk chat dan konsultasi . Atau boleh juga emelkan saja pertanyaan anda kepada saya.
Ok itu saja perkongsian kali ini berkaitan masalah usus kita. Semoga membantu.
Ingat, jaga usus, jaga diri ! Jumpa lagi :-)  
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kajang, Shah Alam dan Klang

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
nurul,
♥ sms/whatsApp: 018-3215247

Thursday 19 June 2014

Denggi ?!

Merawat Denggi Dengan Shaklee

Demam Denggi bukan perkara asing berlaku di Malaysia. Hampir saban hari kita mendengar kes-kes denggi menyerang tak kira dewasa atau kanak-kanak. Tahukah anda, sepanjang tahun 2013, kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara telah meningkat sebanyak 98% berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 43,346 kes dilaporkan berbanding 21,900 kes pada tahun 2012. Begitu juga dengan kes kematian denggi, meningkat sebanyak 163% iaitu dengan 92 kematian berbanding 35 kematian tahun 2012. Dengan situasi denggi sebegini, bukan sahaja pihak berwajib perlu mengambil inisiatif baru bagi menangani masalah denggi, malah diri kita sendiri juga perlu mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya.

Kita sedia maklum, tiada ubat untuk menyembuhkan denggi kecuali dengan mengawal simptom-simptom denggi. Begitulah yang dilakukan oleh pihak hospital apabila menerima pesakit denggi. Mereka akan mengambil langkah-langkah untuk mengawal daripada denggi terus merebak sehinggalah pesakit bersih daripada denggi.
Simptom Denggi
Kebiasaannya, kita seringkali dengar petua-petua untuk mencegah atau meredakan demam denggi antaranya adalah seperti minum sup ketam, minum minuman 100 plus, minum air daun betik, minum air daun pegaga dan sebagainya.

Selain daripada petua-petua di atas, kita juga boleh berikhtiar menggunakan suplemen tambah. Untuk tujuan ini sudah tentu saya mengesyorkan suplemen Shaklee untuk melawan virus.. :)

Kami sarankan anda untuk mencuba  Nutriferon, Performance Drink dan Vitamin C daripada Shaklee.

Nutriferon adalah terhasil dari 4 estrak tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi  interferon tubuh. 
  • Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. 
  • Penemuannya adalah diiktiraf sebagai penemuan yang terhebat dalam bidang immunologi.
  • Dalam bidang perubatan, suntikan nutriferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dll.
  • Nutriferon juga sangat berkesan untuk melindungi diri kita dari jangkitan influenza dan pelbagai penyakit yang lain.
KEBAIKAN NUTRIFERON
  • Mengukuhkan sistem imuniti dalam masa 3 hari
  • Melawan kanser & tumor
  • Melindungi dari Influenza
  • Meringankan Stres & kelesuan
  • Melambatkan Penuaan
  • Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
  • Mempertingkatkan Menopaus
  • Mempertingkatkan PMS



  • Performance Drink merupakan minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik. 

  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. 

  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu

Apa itu Vit-C Sustained Release Shaklee?

Untuk satu tablet Vitamin C ini, ia mengnadungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya(500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam palsma darah kita selama 24 jam. Selain itu ia juga mengandungi 120mg bioflavonoid yang mana 25% dari dari bioflavanoid diekstrak dari kulit buah oren yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Khasiatnya, ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Bagaimana ia bertindak?

1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi,     rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan     menghalang otot dari menjadi lembik.

2) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

4) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

5) Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vit-c setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Untuk makuman, pigmen adalah penyebab utama kehadiran jeragat pada kulit muka kita ya...

6) Memperbaiki Insomnia
Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah.

7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.
Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.

Berminat? PM saya seperti di bawah. Mencegah Lebih baik dari mengubatinya! :)


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di area Shah Alam,Klang and Kajang

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nurul,

♥ sms/whatsApp: 018-3215247

Cantik Dengan Shaklee

Cara Nak Dapatkan Kulit Cantik Gebu – Set Supplemen Kecantikan Kulit

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, betulkan ? Tak kira dari muda hingga ke berusia, semua inginkan kulit dan tubuh yang menarik. Nak tahu MAKANAN apa yang bagus untuk dapatkan kulit cantik dan sihat berseri ? Ini rahsianya (^_^)
1. AVOCADO
* Ia mengandungi asid lemak yang baik (fatty acids) , dan kaya dengan kandungan VITAMIN E serta VITAMIN B3 yang anti-radang.
2. LIMAU GEDANG segar dan 100% Jus limau gedang
* Vitamin C yang ada didalamnya menyokong pengeluaran KOLAGEN untuk membantu menjaga kulit SENTIASA muda dan berseri. Kerosakan kolagen dalam kulit boleh menyumbang kepada kemunculan kedut.
3. ALMONDS (Badam)
* Bukan sahaja menambah lazat pada oatmeal, kacang goreng dan hidangan pasta, kandungan vitamin E dalam setiap hidangan membantu MENCEGAH penuaan pra-matang dan membaiki kulit kering.
4. WHOLE GRAINS (Bijian Penuh)
* Isi makan tengahari anda setiap hari dengan hidangan bijirin penuh, yang mengandungi ZINK, nutrien yang boleh membantu MEMERANGI jerawat.
5. SAYURAN HIJAU
* Pastikan makan sayuran berdaun hijau seperti bayam. Ia kaya dengan asid hyaluronik, bahan yang membantu kulit mengekalkan KELEMBAPAN.
6. BONUS : AIR
** Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk menyahtoksin dari tubuh.
Vitamin dan mineral juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menghasilkan kulit yang cantik. Antara vitamin yang perlu untuk kulit adalah vitamin E, vitamin B dan vitamin C.
SET KECANTIKAN KULIT  Shaklee memberi manfaat kebaikan kesemua vitamin di atas yang sememangnya diperlukan oleh badan untuk membentuk tisu-tisu badan yang sihat dan menggantikan tisu-tisu lama.
B-Complex :
* Menjaga kulit dari dalam dengan mengurangkan garisan kedut di muka dan menjadikan kulit lebih bersinar.
 * Menjadikan tona kulit lebih sekata * Tanpa vitamin ini, kulit mudah mendapat jerawat, nampak kusam dan tidak bermaya.
Sustained ReleasedVita-C:*Penting dalam penghasilan kolagen, menjadikan kulit lebih anjal dan lembut.*Anti-oksidan yang kuat dan semulajadi yang melindungi tubuh daripada radikal bebas yang berbahaya * Bukan sebarang jenis vitamin C, sebiji SR Vita-C ini bersamaan dengan khasiat 7  1/2 biji oren dalam sehari ! 
Vitamin E:Terkenal dengan sifatnya yang anti-oksidan kuat dalam memelihara dan memperbaiki struktur kulit *Menghilangkan parut-parut di kulit. * Melawan kesan-kesan penuaan seperti garisan kedut serta menjadikan kulit nampak segar dan lebih muda. 1 kapsul Vita-E Shaklee setiap hari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus serta memulihkan tona muka dan parut 
ESP 
ESP adalah protin soya adalah soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO ) yang bertindak  menganjalkan kulit wajah, badan, payudara dan punggung* Protin adalah bahan utama untuk pembentukan sel, tisu dan organ manusia. Kekurangan protin ini boleh menyebabkan kendur, menggeleber pada anggota badan. ESP mencerahkan kulit dari dalam.*Memudarkan parut *Melembutkan dan melembapkan kulit wajah. Ia sama sekali berbeza dengan soya lain dipasaran kerana ia menggunakan soya berkualiti tinggi serta di proses memenuhi standard piawaian IPP, Identity Preserved Program. ESP ini merupakan hot-seller kami di Shaklee dan menjadi kegemaran ramai wanita yang telah mencubanya.

Lihatlah hasilnya yang memang mengujakan seperti dalam testimoni sebenar seorang pegguna dibawah. Dengan hanya mengamalkan Set Kecantikan ini, kulit wajahnya yang dulunya kusam, berparut, berjerawat kini menjadi lebih cantik dan cerah berseri. Hampir saja menyamai kulit anaknya yang mulus itu.  Dengan mengamalkan Set Kecantikan Kulit ini, tidak mustahil kulit anda pun boleh jadi sihat dan cerah sebegitu.


Anda juga boleh beli pada harga jimat 20-30% seumur hidup dengan menyertai keahlian Shaklee. Hubungi saya untuk info lanjut.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan area Shah Alam,Klang and Kajang


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

♥ sms/whatsApp: 018-3215247 Nurul

Sunday 15 June 2014

PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH SEMASA PENGAMBILAN VITAMIN


Ramai yang suka komplen kata vitamin ni tak sesuai dengannya. Tak bestlah. Tak serasilah. Sebenarnya vitamin semulajadi insyaAllah mudah serasi dah tiada masalah untuk sesiapa saja. Vitamin pilihan yang semulajadi adalah lebih baik daya serapannya. Memang ia mengambil masa kerana perlu memperbaiki dari dalaman dahulu. Oleh kerana itu jugalah, fullpack selalu didatangkan untuk tempoh 4 bulan demi memastikan pengguna menggunakan sesuatu jenis vitamin secara berterusan untuk kesan yang optimum.

Sebelum ini saya akan mencadangkan kepada pengguna untuk ambil vitamin pada pada waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. Namun, kalau kita boleh berdisplin, sesetengah vitamin lebih sesuai di makan pada waktu-waktu berbeza. Jangan lupa untuk mengambil air kosong mengikut berat indivitu itu demi mengelakkan healing crisis dan melancarkan proses pemulihan. Untuk info, setiap 25kg manusia, memerlukan 1L air. Bagi yang mengambil vitamin dan ibu menyusu, keperluan air adalah lebih lagi.
Semasa mengamalkan pelbagai jenis vitamin, TIDAK DIGALAKKAN!!
Mengambil ALFALFA bersama-sama VITAMIN E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi ke dalam VITALEA Shaklee. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
YANG DIGALAKKAN pula adalah
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita. Boleh try and error mana yang sesuai dengan tubuh masing-masing.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Equine, Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan ,kajang, Shah Alam dan Klang.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nurul,
♥ sms/whatsApp: 018-3215247

Monday 2 June 2014

VITAMIN E Shaklee

Vitamin E PROMOTION  !! !


for order or any  call/whatsapp nurul :  018-3215247

5 Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit

5 Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit

Tampil sihat kala hamil amat memang wajib bagi bakal ibu. Apatah lagi, wanita hamil bukan lagi sendirian, tetapi berdua bersama kandungan mereka. Justeru, mereka perlu menjaga kesihatan agar janin dan diri sihat sepanjang menempuh sembilan bulan kehamilan
lebih mudah berhadapan dengan risiko penyakit mahupun jangkitan bakteria mahupun virus.
  





Semasa berada dalam kandungan, janin sudah mempunyai sebahagian daripada DNA ayahnya. Keadaan itu juga membuatkan sistem daya tahan tubuh ibu menganggapnya sebagai ‘benda asing’. Oleh sebab itulah sepanjang kehamilan, sistem daya tahan ibu berubah agar tidak membahayakan janin dalam kandungan. Perubahan-perubahan yang dialami oleh bakal ibu ini termasuklah :



• Peningkatan penghasilan sel makrofaj yang berfungsi untuk menghapuskan bakteria, tetapi ia tidak memberi jaminan dapat melindungi anda dari dijangkiti bakteria.
• Aktiviti sel NK (pembunuh semula jadi), sel darah putih yang menyerang sel-sel yang telah dijangkiti virus atau sebahagian dari tumor jadi berkurangan.
• Aktiviti sel T berkurangan. Sel T merupakan sel yang membantu mengawal jangkitan virus.
• Berkurangnya penghasilan sitokinesis iaitu sejenis protein yang dilepaskan oleh sel imunisasi untuk membolehkan sel-sel lain melawan jangkitan kuman.

Punca Daya Tahan Rendah
 

Rentetan dari fungsi sel T yang menurun menyebabkan wanita hamil mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Hal ini kerana, sistem daya tahan penyakit pada tubuh wanita hamil berubah berbanding dalam keadaan normal. Justeru, penyakit yang berpunca daripada virus akan lebih banyak dialami oleh wanita ketika dirinya hamil.
Daya tahan imunisasi wanita juga boleh turun lebih rendah disebabkan oleh beberapa
perkara. Antaranya:
 
 
• Perubahan cuaca yang keterlaluan dari panas melampau jadi sejuk
• Berinteraksi dengan ramai orang terutama yang tidak sihat.
• Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat misalnya kekurangan nutrisi.


Penurunan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit di kalangan wanita hamil juga boleh membahayakan nyawa janin. Misalnya jangkitan pada penyakit seperti demam dan batuk.

Apabila bakal ibu diserang penyakit, dua kemungkinan yang cukup dibimbangkan adalah janin turut mengalaminya dan ubatan yang perlu diambil agar tidak membahayakan nyawa janin. Jangkitan kuman yang dialami bakal ibu juga perlu diawasi sama ada ianya boleh mendatangkan risiko kepada janin atau sebaliknya. Apatah lagi, jika ia mampu mengundang risiko keguguran, kelahiran pramatang, janin lahir cacat atau meninggal semasa dalam kandungan.

Sebaik-baiknya bakal ibu perlu lebih berhati-hati ketika mengambil ubat-ubatan bagi merawat penyakit yang dialami. Wanita hamil perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor dan tidak boleh sekadar membelinya di kaunter jualan.

Hal ini kerana dikhuatiri ubat-ubatan tadi akan memberi kesan sampingan kepada janin. Preskripsi ubatan yang diberikan oleh doktor selalunya lebih tepat bagi mengatasi penyakit. Lagipun, ada banyak ubat yang selamat untuk wanita hamil malah bakal ibu tidak perlu khuatir ia akan mengundang bahaya kepada janin.

5 Tip Ibu Hamil Dijauhi Penyakit

Jangan menunggu sehingga benar-benar sakit untuk menangani masalah kesihatan wanita hamil. Bagi menangani masalah daya tahan penyakit, wanita hamil perlu ambil tahu tip yang sesuai agar diri tidak mudah diserang penyakit.
  


1. Bakal ibu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Pada waktu tengah hari, cubalah tidur sekejap untuk mendapatkan tubuh yang segar. Sepanjang hamil, cuba elakkan dari melakukan pekerjaan yang berat misalnya mengangkat perabot dan sebagainya.


2. Hindari diri daripada tekanan. Berusahalah untuk mendapatkan sikap yang positif dan tenang. Melalui ketenangan inilah minda yang positif akan merangsang tubuh yang sihat dan gaya hidup yang seimbang.
 

3. Bersenam boleh dipraktikkan oleh wanita hamil tapi ia perlu diamalkan dengan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan fizikal wanita hamil. Jika mereka dalam trimester ketiga cuba lakukan senaman yang ringan sahaja misalnya berjalan perlahan.
 

4. Selain itu, mengambil makanan yang kaya nutrisi juga amat penting untuk mendapatkan tubuh yang berdaya tahan terhadap serangan penyakit. Asid folik misalnya menjaga sistem imunisasi dan mengurangkan risiko janin cacat sehingga 70 peratus. Sebaiknya ambil sebelum dan sepanjang kehamilan. Penting untuk mengambil asid folik di awal trimester bagi pembentukan otak dan sistem saraf tunjang janin. Begitu juga dengan vitamin lain seperti vitamin C, kalsium, vitamin D dan Zat besi.
 

5. Segelas susu juga boleh membantu bakal ibu membina pertahanan diri. Misalnya susu untuk ibu mengandung jika diambil secara rutin memberi manfaat yang besar kepada wanita hamil dan janin. Jika anda sering muntah di pagi hari, pengambilan susu boleh menggantikan nutrisi yang terbuang di pagi hari itu.
 

sumber:http://www.mingguanwanita.com.my/utama/?f=201210096656877375 


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di area kajang,shah alam n klang


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi nurul :

♥ sms/whatsApp: 018-3215247