Thursday 29 August 2013

Vitalea Shaklee(Multivitamin)


Vitalea Shaklee(Multivitamin)

Vitalea shaklee adalah multivitamin + multimineral + iron. mengandungi 12 jenis vits dan 7 jenis galian utama bg membantu memastikan keperluan mikro nutrien tubuh dipenuhi. pendek kata untuk kesihatan menyeluruh.ia penting utk pembentukan sel dan darah. mempunyai 'sistem penyerapan bioactivated berpatent utk pastikan penyerapan vits dan mineral lain berlaku secara optimim. analoginya..pengambilan 2 bj vitalea ni dikatakan bersamaan dgn 40 jenis lauk. HEBATNYA VITALEA ni.

Asasnya, semua individu memerlukan vitalea..ia membantu:
- memastikan penyerapan vits dan mineral lain dgn lebih efektif
- mencantikkan dan menegangkan kulit
- kuku yang licin,
- menguatkan akar rambut
- mencegah penyakit tiroid@ beguk(sebab kurang iodin..dan dlm vitalea ada iodin)
- penting utk diet (if kurang makan, vitalea bantu beri bertenaga, tidak lesu)
- preggy dan bf perlu ambil vitalea kerana mineral dan vits serta iron penting utk tumbesaran anak. jika iron kurang, mereka akan mudah pening atau mudah pitam
- membantu mereka yg ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yg alah kpd mknan laut.

"Sejak amalkan 2tahun yg lalu sampai lah sekarang,vitalea shaklee ni, memang rasa kurang mengantuk, badan rasa sihat. Alhamdullilah. Dan lagi2 BF mom memang memerlukan Vitalea utk energy. Dulu sebelum ada anak memang suker sangat bermekap. Tapi sejak ada ank ni, memang tak dan dah. Amalkan vitalea je. Muka tak nampak pucat, kusam dan sentiasa nampak energetic. ''

2bji vitalea mampu mnegubah wajah kusam dan tak bermaya anda. Hanya RM88 untuk 120 biji untuk 2-4bulan. Untuk kulit, penurunan berat badan, menyusu, berpantang, menstabilkan hormon dan banyak lagilah..


more details boleh cal/watsap Nurul 018-3215247

Sunday 25 August 2013

12 sebab mengapa Haid anda lewat


12 Sebab Mengapa Haid Anda Lewat

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:
  • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
  • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
  • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
  • Berlebihan hormon prolaktin:
    Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
  • Menyusu badan:
    Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
  • Masalah tiroid:
    Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
  • Gemuk:
    Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
  • Terlalu kurus:
    Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
  • Tersilap kira:
    Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
  • Menopos:
    Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
  • Pencegah hamil:
    Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
  • Hamil:
    akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?
Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

PENGHANTARAN PRODUK SHAKLEE CAll/SMS/WHATSAP NURUL !




Hye All and Assalammualaikum....

to All :    kalau nk nurul hantar vitamin2 shaklee nie boleh lah hubungi nurul k...
area kajang...Shah Alam...Klang.... Cheras ...Seri Kembangan.....
in sya allah nurul akan akan kalau tak ade ape masalah... Nurul - 018-3215247


Gastrik dan ESP SHAKLEE penyelesaiannya... !


Gastrik & Shaklee


OOOWH TIDAK GASTRIC !!!!!

Apa Gastrik ni sebenarnya? Dipetik daripada sini

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
Jom cuba Energizing Soy Protein..mana tahu ESP boleh membantu menceriakan hidup anda.. dan boleh juga mencuba Peppermint Ginger Plus untuk merawat Gastrik anda.

Testimonial ESP - Huda Zaiu

hari ni saya nak share testimoni diri sy sendiri sebagai pengguna esp

shaklee...

untuk tujuan lain sebenarnya saya amalkan esp....tapi tak sangka plak

dapat hilangkan gastrik sy..

Saya alami gastrik sejak di bangku sekolah lagi...teruk sangat.

saya selalu rasa mual n muntah muntah...selalu kembung perut,kerap

sendawa akibat gastrik.macam macam ubat dah sy cuba untuk hilangkan

gastrik..hingga la sy mencuba esp...tak sampai 2 minggu saya amalkan

esp..Alhamdulillah gastrik sy dah beransur pulih...kini saya tidak lagi

rasa mual n muntah muntah.teruja nak tunggu bulan ramadhan tahun

depan...insyaAllah sy boleh puasa macam orang dah....sebab sebelum ni

sy hanya puasa dalam setengah bulan jer..yang selebihnya saya tinggal

dek kerana gastrik.kene lah banyak ganti puasa tiap tiap tahun..huhuhu.

Wah..saya sungguh teruja membacanya. Kalau nak tahu, Huda ni mula2 mencuba Shaklee dengan Set Skin care, kemudian mencuba Vitalea untuk ibunya... Lepas tu cuba Meal Shakes, ESP.. dan terus jatuh cinta dengan Shaklee. Sekarang dah jadi salah seorang pengedar Shaklee di Kemaman Terengganu. Menarik bila mengetahui pengalaman BEST huda sendiri bersama Shaklee 

           call/sms/whatsap NURUL : 018-3215247

SUSU BANYAK dengan pengambilan SHAKLEE


Pakej DOUBLE MILKBOOSTER & IBU SLIM! Shaklee

    ++



SET YG PALING MENJADI KEGILAAN RAMAI IBU MENYUSU!! 
Pakej DOUBLE MILKBOOSTER & IBU SLIM!
==========================================

♥♥♥ ESP, ALFALFA & LECITHIN ♥♥♥

Ternyata berkesan! Selain MENINGKATKAN KUANTITI SUSU, set yang tahan selama 1-2bulan ini juga MEMBUATKAN BREAST CEPAT PENUH KEMBALI serta SUSU MENJADI LEBIH PEKAT dan bayi pun lebih kenyang!

Kebaikan lain set Double Milkbooster & Slim ini adalah:

» ESP & Alfalfa sangat membantu sebagai MILKBOOSTER terutamanya apabila diambil awal pagi & sebelum tidur.
» Menjadi ENERGY BOOSTER dan mengurangkan kelaparan supaya si ibu lebih bertenaga.
» Mengembalikan keanjalan payudara kendur dan badan menggeleber selepas bersalin.
» Mengembalikan kepejalan otot; sekaligus membentuk bentuk badan yang pejal & cantik.
» Meransang pembentukan kulit untuk memperbaiki strechmark selepas bersalin.
» Mengelakkan masalah sembelit kerana Alfalfa membantu melawaskan perkumuhan & membuang najis.
» Alfalfa bertindak sebagai detoks sekaligus dapat menurunkan berat badan si ibu.
» Mencantikkan kulit bayi.
» Menjadikan kulit ibu lebih licin & gebu.
» Alfalfa bertindak seperti kacip fatimah - mengetatkan faraj & mengembalikan keintiman hubungan suami isteri.
» Lecithin membantu membakar lemak-lemak degil di dalam badan & pembuluh darah.
» Menurunkan paras kolesterol si ibu.

                                        
           call/sms/whatsap NURUL : 018-3215247

Saturday 3 August 2013

SHAKLEE Coq Health Plus Shaklee


Coq Health Plus Shaklee

Ambil masa 3 minit utk baca:
-ADAKAH ANDA DAH MASUK 3SERIES?
-SENTIASA LETIH dan PENAT?
-NAK JANTUNG SIHAT?

Cerita tentang Coq Health Plus Shaklee

Kita semua tahu serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Salah satunya mengamalkan CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung

Mari kita berkenalan dengan CoQHealth Plus

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau.
Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.
Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel.

Apakah peranan Co enzim Q10?
Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.
Ianya paling banyak didapati di organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

♨Peranan Co Enzim Q10 adalah:
menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantungbertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )melindungi arteri dari kolestrol 'jahat'.
membantu menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuklah yang menyalurkan darah ke jantung

Kebaikan utama Co enzim Q10 ia dapat menangani serangan jantung. Jika kita didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung, maka jantung kita berisiko untuk gagal berfungsi dan menemui ajal.

Kebaikan lain Co enzim Q10 adalah ia dapat mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak.

Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?
Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik.

Bagi mereka yang sudah mencapai 3 SERIES, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

Kebaikan CoQHealth Plus Shaklee
menyokong pengeluaran tenaga dalam jantung
menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan kolestrol 'jahat'
membantu menambah dan mengekalkan tahap Co enzim Q10 dalam darah
meningkatkan tenaga dan stamina diri.

⭐Jantung merupakan kompenen paling berharga dalam tubuh kita. Pendek kata kalau jantung kita berhenti berdegup maka terputuslah amalan kita sebagai anak Adam di muka bumi ini. Jadi bagaimana kita nak pelihara jantung kita supaya sentiasa stabil dan sihat? Marilah kita mengamalkan CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung.

Ambil masa 3 minit utk baca:
-ADAKAH ANDA DAH MASUK 3SERIES?
-SENTIASA LETIH dan PENAT?
-NAK JANTUNG SIHAT?

Cerita tentang Coq Health Plus Shaklee

Kita semua tahu serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Salah satunya mengamalkan CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung

Mari kita berkenalan dengan CoQHealth Plus

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau.
Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.
Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel.

Apakah peranan Co enzim Q10?
Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.
Ianya paling banyak didapati di organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

♨Peranan Co Enzim Q10 adalah:
menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantungbertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )melindungi arteri dari kolestrol 'jahat'.
membantu menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuklah yang menyalurkan darah ke jantung

Kebaikan utama Co enzim Q10 ia dapat menangani serangan jantung. Jika kita didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung, maka jantung kita berisiko untuk gagal berfungsi dan menemui ajal.

Kebaikan lain Co enzim Q10 adalah ia dapat mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak.

Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?
Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik.

Bagi mereka yang sudah mencapai 3 SERIES, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

Kebaikan CoQHealth Plus Shaklee
menyokong pengeluaran tenaga dalam jantung
menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan kolestrol 'jahat'
membantu menambah dan mengekalkan tahap Co enzim Q10 dalam darah
meningkatkan tenaga dan stamina diri.

⭐Jantung merupakan kompenen paling berharga dalam tubuh kita. Pendek kata kalau jantung kita berhenti berdegup maka terputuslah amalan kita sebagai anak Adam di muka bumi ini. Jadi bagaimana kita nak pelihara jantung kita supaya sentiasa stabil dan sihat? Marilah kita mengamalkan CoQHealth Plus Shaklee suplement terbaik untuk jantung.

SHAKLEE VIT GLA membantu mengecutkan CYST & FIBROID


KECUTKAN KEWUJUDAN CYST DAN FIBROID DENGAN SHAKLEE


Jom kongsi ilmu berkaitan Cyst & Fibroid. Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid. Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Walaupun selepas/telah menjalani rawatan/operation membuang ketumbuhan, ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

APAKAH CYST?Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.


Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih. 

APAKAH PUNCA FIBROIDPunca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi. 
Gejala-gejala
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.
 

Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim: 
Fibroid 1.Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim. Fibroid 2.Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid. Fibroid 3.Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.

CADANGAN VITAMIN


Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini. ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang.

Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya ok :)

YO-YO DIETING: CEPAT TURUN CEPAT NAIK


YO-YO DIETING: CEPAT TURUN CEPAT NAIK

Sebab2 DIET gagal
■ kekurangan nutrisi
□ sukar utk mengikuti program diet yang telah diaturkan 
■ tidak sabar - hasil yang lambat
□ menggunakan produk2 yang tidak selamat
■ merendahkan kadar metabolisma 

Yo-Yo DIETING
Istilah yg diperkenalkan oleh Kelly D. Brownell dari Yale University.

Merujuk kepada keadaan di mana pergerakan turun naik seperti yo-yo dalam amalan diet penurunan berat badan. Mereka kelihatan berjaya menurunkan berat badan, namun menghadapi masalah untuk mengekalkannya dalam jangka panjang; lalu penambahan berat berlaku semula. Kitar berulang apabila diet kembali diamalkan  untuk menurunkan berat badan.

Sebab dari amalan pemakanan yang tidak betul

Anda ingin diet, lalu anda menolak beberapa jenis makanan contohnya seperti nasi. Selepas beberapa lama, akibat dari diet yang melampau, anda berasa tertekan dan letih lalu anda kembali mengamalkan tabiat makan yang lama dengan perasaan marah kerana  berat anda gagal turun walaupun dengan diet ketat. Dan biasanya emosi berlebihan sering menyebabkan seseorang makan lebih banyak lalu penambahan berat badan berlaku semula.

Sebab tidak tahu bagaimana fisiologi tubuh semasa diet

Pada kebanyakan diet, kita akan kehilangan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, kita hilang keupayaan untuk membakar lemak, lalu metabolisme menjadi rendah.
OTOT=METABOLISME

Apabila kita tidak meneruskan lagi diet tersebut, kita tidak boleh membakar kalori seperti yang kita lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan akan bertambah berat. Kitaran ini berulang setiap kali kita meneruskan diet. Inilah sebab sebenar terjadinya kesan yo-yo.

Bagaimana diet yang betul dan berkesan?

Diet yang betul haruslah mempunyai ciri-ciri:
♥Mampu mengekalkan jisim otot tanpa lemak
♡Mampu menyokong metabolisme dan memberi kepuasan
♥Hilang berat apabila kehilangan lemak, bukan otot
♡Membantu mengatasi rasa lapar

Program diet berkesan haruslah mempunyai:

1. Berlaku pemecahan lemak
Lemak yang tidak diperlukan mestilah dipecahkan terlebih dahulu. Lemak di pecahkan dengan cara mengambil suplemen pemecah lemak seperti Lecithin Shaklee yang bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, mempercepatkan pembakaran lemak, membantu mengemulsi  dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.

2. Pengangkutan toksin/lemak yang dipecahkan keluar dari tubuh.
Setelah lemak di pecahkan, ia perlu diangkut keluar dari tubuh. Apabila toksin terlampau banyak dan tidak di keluarkan dari tubuh, ia menyukarkan penyerapan nutrien daripada pengambilan makanan tambahan ataupun diet harian. Shaklee mempunyai agen pengangkut yang berkesan seperti Herb-lax dan Alfalfa complex.

3. Pembinaan otot
Adalah penting untuk mengekalkan otot selepas anda memecahkan lemak. Ini kerana otot berperanan penting untuk meningkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Pernahkan anda lihat orang yng berdiet tapi tubuhnya kelihatan 'flabby' atau menggeleber kerana otot turut hilang semasa proses menurunkan berat badan? Sebenarnya orang itu cuma kehilangan otot namun berat tidak diturunkan. ESP dan Cinch Shakes bukan sahaja membantu anda mengatasi rasa lapar, menurunkan berat malah mampu memelihara otot yang sihat.

Jika anda ingin berdiet dan menurunkan berat badan, hanya ikuti 3 langkah berkenaan dan In Shaa Allah berat anda dapat di turunkan secara konsisten.

Perlu diingat, dalam apa jua yang anda lakukan, anda mestilah sentiasa sabar dan tidak putus asa. Kesan pengambilan produk makanan tambahan untuk diet mungkin berbeza antara setiap individu. Namun percayalah, ramai yang dah berjaya dengan keazaman yang tinggi dan patuh dengan 3 langkah di atas.
 
 
YANG PATUT ANDA BUAT JIKA INGIN TURUNKAN BERAT BADAN

Ramai yg ingin berdiet, ambil suplemen tertentu, berhenti makan makanan tertentu, dan sebagainya. Jom saya kongsikan apa yg anda harus buat jika ingin menurunkan berat badan.

1. Tetapkan matlamat jangka pendek / set target. Contohnya nak kurus dalam masa 3 bulan.Kenapa 3 bulan? Sebab mana ada org boleh kurus dalam masa sehari..hehe.. Dan orang yang cepat turun berat biasanya akan cepat rebound balik. Letih la mcm tu kan?

2. Tahu bagaimana konsep sebenarnya penurunan berat badan iaitu lemak terbuang, otot terpelihara.Bagaimana nak buang lemak? Suplemen yang membantu dalam proses ini ialah Lecithin, dan Herblax.

3. Banyakkan minum air masak. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Jika berat anda 75kg, anda perlukan 3liter air kosong sehari. Fungsinya? Air diperlukan untuk menyerap nutrien dari diet harian/ supplemen yg kita makan. Air berperanan mengangkut segala lemak2 dan toksin keluar dari tubuh melalui usus. Sebab itu, ada sesetengah orang akan mengalami sembelit semasa proses ini.

4. Wajib ambil sarapan pagi. Jangan abaikan sarapan pagi kerana setelah tidur selama 6-8 jam, perut kita akan berada dalam keadaan berasid. Sarapan atau sekurang2nya segelas air akan meneutralkan keasidan perut buat seketika.

5. Jangan tinggal waktu makan. Ada orang takut untuk mengambil makanan setiap kali tiba waktu makan. Makanlah walaupun sedikit untuk mengelakkan starving mood. Paling tidak anda cuma perlu snek ringan seperti biskut / buah-buahan/ atau sayuran (salad).

6. Lebihkan fiber sehingga 75%, kurangkan karbohidrat sehingga 50%.Jangan tinggal makan nasi. Makanlah sekurang2nya sekali sehari. Ini kerana nasi adalah sumber karbohidrat terbaik berbanding mee dan pasta. Karbohidrat juga diperlukan untuk mengekalkan tenaga. Namun tidak boleh berlebihan. Jika anda makan nasi, lebihkan sayur2an.

7. Biasakan mengambil buah sebelum makan nasi. Ini kerana kandungan serat dan air dalam buah akan membuat kita berasa kenyang dan kita akan makan nasi dalam kuantiti yg sedikit sahaja.

8. Lakukan aktiviti fizikal untuk membakar kalori. Paling ringan, berjalan keliling rumah/taman selama 10 minit dan tambah masa selepas beberapa hari.